KUALA LUMPUR: Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, warga perkhidmatan awam dan swasta serta seluruh rakyat negara itu.
Ia susulan sumbangan dan sokongan pihak berkenaan dalam menjayakan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja antara anakanda baginda, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah.
Menerusi perutusan khas, Sultan Brunei turut menzahirkan penghargaan kepada para tetamu khas yang hadir istiadat berkenaan dan menyembah perutusan serta ucapan kepada baginda dan keluarga.
"Sesungguh beta dan keluarga amat terharu dengan sambutan yang ditunjukkan oleh lapisan rakyat dan penduduk di negara ini, lebih-lebih lagi para penuntut dan tenaga pengajar institusi pendidikan yang terlibat sama terutama pada Istiadat Perarakan Pengantin Diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan.
"Ini mengambarkan betapa uniknya adat istiadat yang kita warisi sejak sekian lama masih sahaja tetap terpelihara, sekalipun berhadapan dengan gelombang perubahan zaman.
"Lebih membanggakan lagi ialah kemuafakatan dan kerjasama yang terjalin kukuh dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat dalam menjayakan satu-satu matlamat berkebajikan.
"Beta berharap keadaan ini akan terus kekal bagi memudahkan kita menjana kemajuan dan mempertahankan kedaulatan bangsa, agama, negara dan raja," titah Sultan Hassanal dalam perutusan khas yang disiar secara langsung oleh semua saluran televisyen dan rangkaian radio Brunei, hari ini.
Bertitah lagi, Sultan Brunei menambah baginda yakin rakyat dan penduduk sama-sama gembira menyaksikan istiadat perkahwinan diraja, yang penuh bersejarah baru-baru ini.
"Ia tentu sahaja akan menjadi kenangan manis kepada semua, lebih-lebih lagi bagi generasi penerus yang akan memastikan adat dan budaya adalah kekal relevan di masa-masa akan datang," titah baginda lagi.
Dalam masa sama, Sultan Hassanal turut berkenan merakam penghargaan kepada seluruh ahli jawatankusa di semua pringkat atas segala khidmat dan usaha untuk menjayakan istiadat berkenaan.
Putera Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari lalu.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.
Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Mempelai pengantin diraja kemudian menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja berlangsung pada 15 Januari.
Hasimi Muhamad
Thu Jan 18 2024
Sultan Brunei turut menzahirkan penghargaan kepada para tetamu khas yang hadir istiadat berkenaan - Foto: Tangkap layar RTBGo
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Sultan Brunei rakam penghargaan jayakan istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha
Putera Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari lalu.